Template: BlueHolic Made by: http://novitalesyani28.blogspot.com/ January, 3rd 2014

❀thealeanajwa❀
Welcome

❀thealeanajwa❀
Perempuan biasa-biasa, klise dengan kisah hidup berimaginasi ;)



Twitter

Tempat untuk aku menterjemah input dari otak kedalam bentuk tulisan; dengan had seratus empat puluh huruf.



Credits

Template by: Novita Lesyani
Big Help: Nurul Atiqah
Owner: ❀thealeanajwa❀



Letak Tajuk Sendiri, Gua Busy Ni!

Beb.
Kau ada boyfriendOr.. skandal? Erm atau pun, seseorang yang istimewa? Senang kata engkau ada kesayangan tak?


Fuhhhhh. Korang tak jawab pun aku tau tu semua pakwe makwe keliling pinggang, tak muat siap sumbat dalam poket lagi.


Macam ni lah.
Akak umur baru 19.
Tapi rasa nak bagi nasihat lah sikit-sikit ye, boleh?


Ni akak nak cakap sikit pasal yg ada kesayangan tu-- haaa.
Sayang tak? Eh mestilah sayang kan.
Macamnilah.


Kalau sayang dia, set him/her free.
Atau dalam bahasa mudahnya, takpayahlah ikatkan hubungan apa2 dengan dia. Yelah, kan dah cakap tadi set them free.


Eh jap cop cop.

Erm ni yang kalau yg ada boyfriend tu-- lain ceritalah. Pandai-pandai lah engko pakwe makwe setel sendiri ye.


Haaa sambung balik.

Meh akak cerita lebih terperinci--
Macamni..


Awak seelok-eloknya biarkan jelah dia nak ada girlfriend ke, skandal ke affair ke-- sukahati dia lah.
Ingat je benda ni ;

"Kalau Tuhan memang dah cakap engkau ni jodoh aku-- lari la jauh-jauh, beribu kali tukar girlfriends ke, putus getback putus getback sekalipun;

you'll be mine. Forever."

Lantaklah dia dah beribu kali tukar girlfriends ke apa ke, kita pun tak payah demand sangat, macamlah kita ni cukup perfect jauh lebih baik dari dia. Entah-entah sama, dua kali lima je.


Kan dah selalu jadi ayat cliche ustak dan ustajah fesbuk serta twitter;


"Lelaki yang baik itu untuk perempuan yg baik dan lelaki yg jahat itu untuk perempuan jahat."

jadi, doa jelah.
Tak payah dok sesakkan otak meroyan sana-sini. Sebab kau kena ingat, segala yg jadi atas muka bumi ini adalah kehendak Tuhan. Tuhan yang Maha Esa. Macam mana engkau nak sekalipun dekat dia, macam mana kukuhnya cinta engkorang, kalau Dia kata tidak; maka anak dara tualah kau.


doa. Kan dah cakap doa tu senjata mukmin. Adik-adik tahu ke apa itu mukmin? Haaa kalau mukmin pun taktau, tak layak lah engkorang ni nak bercinta sekalipun. Kan ustajah ustajah sekolah agama selalu cakap, sebelum sayang makhluk ciptaan Tuhan, kita kena kasihkan cinta pada Pencipta kita dulu. Haih adik-adik sangat tauuuuuu.


Bukan susah mintak Doa. Tuhan Maha Pemurah. Tapi, kalau engkau nak mintak pun malas-- takkan rezeki nak datang bergolek je ye dak?


Mintak. Bila kita mintak, Tuhan mesti beri; tak kira lambat atau cepat, sesungguhnya perancangan Dia lebih baik.


Buang jelah semua negative thoughts tu. Tak ada faedah pun. Buat busuk diri sendiri je.
Okay?


Cukuplah tazkirah ustajah harini.
Sesungguhnya yang baik datang dari Tuhan.


Adios! xx

Oh yeah?



Si ibu dan ayah gembira melihat anaknya gembira.

Make sense.

Si sahabat gembira apabila rakannya gembira.

Make sense.

Stranger tumpang gembira apabila lihat strangers yang lain gembira.

Make sense.

Tapi, rasa-rasa,

Boleh tumpang gembira ke bila kekasih hati intan payung kau,

Tiba-tiba--

Gembira selepas menduakan kau?

Serius aku tak dapat hadam benda ni.

Haram jadah.



SALAH.

Air liur memang percuma, tapi...


Kalau diterang satu persatu pun masih 'aku' juga yang 'salah'--
Bukan sekali.
Bukan dua tiga kali.

Malah setiap kali--
Memang 'aku' juga yang salah...


Rasional ke nak cerita juga?
Rasa-rasa?


Tak mengapalah. 
Teruskan bercerita jika mahu.

Ingin juga lihat tahun bila baru 'aku' ni betul.


benci.





Dia punya benci tu--
Sampai tahap hati yang dah 'lumpuh' ni pun masih mahu ditikamnya.


Lumat-lumat.

Sampai hancur.
Sampai mati.

Tak mengapa. 
Caci-maki; Tengkinglah sesuka hati. 
Puaskanlah hati tu semahu-mahunya.
Semoga terlerai segala dendam yang masih berbaki. 

Biarlah. Biar.
Kerana, jika dihebah satu dunia sekalipun--
Jatuh salahnya tetap pada aku.


Jika satu hari nanti, kau punya isi kasut yang sama seperti aku;
Percayalah.

Sakit yang membelenggu; hanya memberi pilihan untuk kau diam dan pasrah. 


aleanajwa.



entri pertama.



Bagaimana mahu mulakan, ya? Tiada apa sangat nak cerita. Motif pembikinan blog ini pun masih belum jelas. Cuma mungkin ada sedikit yang mahu dikata--

Ini blog, saya punya.
Saya menulis--
Apa yang saya fikirkan.
Apa yang saya pedulikan.
Apa yang saya mahu katakan.
Apa yang saya mahu ceritakan.
Saya tulis apa yang saya mahu tulis.

Tidak peduli dengan bilangan followers.
Tidak juga peduli tentang siapa yang membaca.

Tentang apa yang ditulis, tiada kaitan dengan anda semua.
Cuma mungkin kalau ada, sebagai inspirasi dan akan saya spesifikkan kepada siapa warkah itu saya tuliskan :)

Oh, dan mohon ya. Penuh harapan saya supaya tiada apa-apa post di blog ini dikaitkan dengan mana-mana manusia. Jikalau kisahnya sama, mungkin sebagai satu kebetulan. Kita sama-sama manusia, ceritanya semua klise. Jadi, mohon jangan salah faham, ya :)

Semoga aku istiqamah menulis di blog ini.
Sekian, adios!

yours sincerely,
thealeanajwa.